October 23, 2010

Insha-Allah.. kembali beraksi di arena penulisan..


Bismillahirahmanirahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada ikhwah dan akhawat sekalian.



Untuk sekalian waktunya, diri ini telah lama menyepi dengan tidak menukilkan sebarang penulisan di atas kekangan waktu.. Sebenarnya, tiada alasan perlu didakwakan di atas alasan tidak cukup masa.. kerana Allah telah memberi kita 24 jam sehari... mungkin diri ini masih lemah banyak kekurangan daripada segi pen-Tarbiyahan diri.. Insha-Allah.. diri ini masih di dalam pencarian sinar-sinar kebenaran yang hakiki di atas landasan yang telah Allah suluhkan semenjak habisnya zaman persekolahan pada tahun lepas..

Insha-Allah.. untuk nukilan kali ini.. Ana akan memulakan untuk pentakrifan segala yang telah berlaku dan telah tersemat di dalam hati ini dan sedaya upaya menonjolkan pengalaman yang telah ana alami semenjak awal tahun ini..

Sebelum itu, biar ana bercoleteh sedikit.. hehehe...
" Experienced is the best teacher is our life" dan " Pengalaman itu mematangkan diri"

Quotes ini sering kita dengar di dalam pengembaraan kita di dalam kehidupan ini.. Meman tidak dinafikan.. Ana banyak belajar daripada pengalaman ana dan sesungguhnya kita perlu sematkan di dalam benak pemikiran kita agar kita dapat mencernakan segala pengalaman yang berlaku di dalam kehidupan kita sejak daripada zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sekarang ana berada di zaman universiti pula.. insha-Allah sehingga ana mati nanti...
persoalan yang mungkin timbul....

Bagaimana hendak mencernakan pengalaman..??

Pengalaman itu harus ditafsirkan di dalam keadaan yang tenang.. Jadilah golongan yang sentiasa berfikir.. fikir tentang bagaimana aku dapat mengambil pelajaran daripada pengalaman semalam...

Untuk mengindahkan penafsiran pengalaman kita. Kaitkan maklumat tersebut dengan Al-Quran dan As-Sunnah.. Allah telah menyuruh kita agar segala permasalahan yang berlaku di dalam kehidupan ini kita perlu balik kepada Al-Quran dan As-sunnah..

Semenjak diri ini telah menjejakan kaki ke zaman universiti.. Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi.. Sangat betul apa yang telah dikatakan oleh ahli2x bijak pandai dan guru-guru ana sebelum ini.. Ana merasakan pengalaman di sekolah dahulu sangat berharga untuk bekalan kita apabila dewasa nanti..

Masha-Allah.. ia banyak mengajar kita... Bila fikir-fikir balik.. banyak nya ilmu dan pengajaran daripada guru-guru kita di sekolah dulu.. Walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM... ( Ini adalah anugerah Allah yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi).. tetapi pengalaman penglibatan aktif di dalam bidang kokurikulum dan bermcm-mcm pertandingan di zaman persekolahan dahulu.. ianya sangat membantu dalam meneruskan kehidupan di zaman universiti...

Frankly, ana lebih gembira dan menikmati lazatnya belajar di universiti setelah ana mencernakan pengalaman2x sebelum ini.. Ilmu PHYSICS merupakan suatu ilmu yang sangat universal yang tidak menjumudkan pemikiran para penuntut ilmu.. Penemuan ilmu physics baru mampu mengantikan pemikiran Estentein atau Newton dan sebagainya... Ilmu ini mengajak kita untuk berfikir.. mengaitkan formula-formula... then.. kamu akan gembira apabila menemui persamaan antara pemikiran anda dengan pemikir-pemikir hebat di barat dahulu...

huhuhu...

Memang tidak disangkalkan... bahawa biologi adalah ilmu juga.. tetapi kebanyakan pelajar di sini belajar biologi hanya pandai " menghafaz" dan bukan berfikir.. itulah budaya yang perlu diubah... Lebih cantik lagi kalau aktiviti hafaz + fikir dapat disatukan insha-Allah.. tapi ana nak mentioned kan di sini ilmu yang memerlukan kita meng-stimulatekan otak kita untuk berfikir tentang kejadian alam.. kejadian manusia.. maka kita akan kaitkan ilmu tersebut dengan kebesaran Allah Azza Wa Jallan..

Masha-Allah.. betapa indahnya ilmu Allah....

Diri ini masih dalam dilema sama ada mahu melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah nanti di dalam bidang perubatan ( jadi doktor larh rasanya nanti ) ataupun menjadi seorang pensyarah di dalam apa2x bidang yang berkaitan dengan physics dan penafsiran ilmu alam... ( mungkin aeroangkasa, nanotechnology engineering ataupun astronomi )

Semoga Allah menunjukkan hambanya yang hina ini jalan yang terbaik...

Wasalam...

Jazakallahu Fikhumm...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...