April 13, 2010

Forum Hal Ehwal Islam Di Ledang

Pada 10 April 2010 yang lalu, satu majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah berlangsung di masjid Jamek Sg Mati, Ledang, Johor.. Forum ini telah dipengerusi oleh Tok Kadi Ledang iaitu As-Syeikh Sulaiman Bin Maidin.. Antara ahli panelnya ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor iaitu, Dato' Noh bin Gadot dan juga Shohibul Fadhilah Yusree..

Tema Forum ini adalah Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah selari dengan tema Maulidurasul 2010 di seluruh negara...

Shohibul Fadhilah Yusree telah memulakan hujahnya di bawah tajuk Kepentingan Memantap Ukhuwah...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

Berdasarkan hadith di atas, antara golongan yang diberi perlindungan adalah mereka yang berkumpul dan berpisah kerana Allah... Untuk mendapatkan nikmat sebegini, perkara yang paling penting adalah adanya bersatunya hati-hati mereka di bawah kalimah syahadah.. Hati yang saling bersatu atas dasar akidah yang kukuh dan mantap...

Perkara yang paling penting adalah Kolbu ataupun Hati.. kerana hati mudah diputar-belitkan dan boleh berubah-ubah.. Hati boleh diibaratkan Seperti Raja dan Akal sebagai Perdana Menterinya.. Di sini, Raja yg berkuasa utk melakukan sesuatu..

Apabila hati-hati telah disatukan di bawah kalimah syahadah, inilah pertalian yang sukar utk dipisahkan.. dan kekal selama-lamanya.. Pertalian akidah ini adalah lebih bermakna dan lebih manis berbanding pertalian darah persaudaraan...

Bagaimanakah nak menyatunya hati-hati antara manusia ini....??

1) Berikan Hadiah... dengan niat utk mengeratkan hubungan silaturahim... Antara golongan yg perlu diberi hadiah ataupun pemberian adalah golongan Muallaf (Saudara Baru).. dengan hadiah diberi.. moga-moga ia lebih tertarik kepada Islam... Selain mengembirakan hati-hati mereka..

2) Senyum... Senyum adalah sedekah yang paling mudah tetapi sukar untuk ramai manusia melakukannya... Dengan senyum, orang akan gembira dan orang lain juga akan bersangka baik dengan kita... Langkah pertama kepada Ukhuwah Dan Dakwah adalah Senyum...

3) Memberi Salam... Dalam satu riwayat, " Rasulullah telah bertanya kepada para sahabat, Mahukah aku khabarkan kalau seseorang itu buat sesuatu akan menggembirakan orang disekililing nya... Para Sahabat berkata, Apakah dia ya Rasululllah?.. Rasulullah berkata iaitu, Berilah Salam kepada mereka yg berada di sekeliling kamu..."

Selain itu, ia turut menyetuh bahawa Sifat fitrah manusia yang sedia ada ialah mereka suka berkelahi ataupun suka bergaduh.. Sejarah telah membuktikannya...

Janganlah disebabkan perkara yang kecil boleh memutuskan ukhuwah.. Gunakanlah kebijaksaan akal yg telah dikurniakan Allah untuk kebaikan Sejagat..

Allah pernah berkata," Kalau Kamu bersilih dalam satu perkara, rujukilah Al-Quran dan As-Sunnah"


Tambahan lagi, shohibul fadhilah Yusree juga menyetuh bab makanan halal... Belaiu menegaskan dan menganjurkan rakyat utk memandang tinggi dengan produk Halal... Sebenarnya, Ummat Islam belum bersatu hati untuk mementingkan isu ini..
Kerana Makanan yang halal akan membentuk Hati yang suci dan bersih... Makanan yang haram boleh menyebabkan doa kita tidak dimakbulkan...

Selepas itu, pengerusi forum iaitu tok Kadi Ledang telah membawa sebuah falsafah yang mengatakan bahawa:

Allah menjadikan Manusia itu sama jenisnya tetapi lain rupa wajahnya, manakala Allah menjadikan lembu yang sama jenisnya dan sama wajah rupanya... Apabila lembu sudah sama, untuk mengenalpasti sesuautu lembu, pastinya orang akan mencari perbezaannya... tetapi manusia yang dijadikan sama jenis tetapi lain rupa wajahnya,, Allah mengilhamkan kita untuk mencari persamaan antara satu sama lain... Carilah titik persamaan.. oleh itu perpaduan dan kemakmuran antara manusia sejagat mampu digapai...


Tibalah masanya saat yang ditunggu-tunggu untuk mendengar kata-kata daripada Mantan Mufti Johor, iaitu Dato' Noh Bin Gadot...

Di dalam kuliahnya, beliau telah menegaskan bahawa setiap negara yang ada di dalam nya mereka yang memegang kalimah syahadah yang kukuh, pastinya Allah mengurniakan pelagai nikmat, seperti Arab Saudi, Iraq, Sudan serta Malaysia telah dikurniakan Minyak Petroluem, minyak kelapa sawit dan lain2x..

Dijangkakan, umat islam pada 2015 akan memenuhi hampir 2/3 penduduk di dunia.. Apa yang perlu diperhatikan adalah, bukan kuantitinya, tetapi haruslah kita melihat kualiti seseorang muslim itu... Apabila seseorang muslim berhadapan dengan dengan musuh kufar, kita mestilah berlaku tegas dan berani mempertahankan kalimah syahadah..

Allah menyuruh kita untuk berkasih sayang.. Allah berfirman dalam suruh al-hujurat(12) :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.





Tambahan lagi, dalam surah yang sama ayat ke-13:


يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Untuk mencapai kejayaan Allah di dunia dan di akhirat, kita harus menitik beratkan hubungan kita iaitu Hablumina Allah dan Habliminannas... Seimbangkan hubungan kita dengan dan hubungan kita sesama manusia dan juga dengan alam sekitar...

Wallahuallam... berikut adalah serba sedikit yang sempat saya nukilkan di dalam blog ini... Semoga ilmu ini diberkahi dan diredhai oleh Allah Azza Wa Jalla..

Berpegang larh dengan kata2x nabi iaitu " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat"

Wasalam...

13/4/2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...