June 16, 2011

Flashback for 1001 of Memorial incidents

Bismillahi rahman rahim...

Alhamdulillah... Bersyukur dirafa'kan kepada Allah S.W.T kerana dengan nikmatnya... Dia masih mempertemukan kita sekali lagi di alam maya pada ini menerusi laman sosial blogspot ini...

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dan membiarkan blogger ini berhabuk, aku terdetik untuk membuat pembaharuan dan pengubahsuaian daripada byk segi Insha-Allah...

Alhamdulillah, bersumberkan laman sosial blogger para sahabat, serba sedikit dapat menimba ilmu utk menghiasi dan memperbaiki mutu pengurusan blog ini... Sudah tentu, rangka waktu yg agak lama perlu diperuntukkan untuk menguruskan blogger ini..



 Aku masih ingat pesan guru tuisyen Mathematics dan English masa aku form 3 dulu iaitu Cikgu Salbiah.... " Tiada suatu perkara pun di dunia ini yang mudah, semua nya susah dan perlu kan usaha waima nak buang air besar pun susah kadang-kadang"....
hehehe.. ketawa bersendirian apabila mengingatkan kembali kisah-kisah zaman muda-muda dulu...



Insha-Allah.. sekarang aku masih seorang pemuda lagi... masih syabab dan rijal Insha-Allah... tp harus menjadi syabab dan rijal yang sejati.. Insha-Allah.. jika di beri sekang waktu, aku akan menghuraikan serba sedikit berkaitan syabab ataupun rijal yang sejati untuk mengembalikan kembali semangat itu kerana sekarang ini aku mengakui ( bukan aku seorang, malah wanita-wanita di luar sana pun merungut) kerana tiada lagi lelaki yang sejati...

Selain cikgu salbiah ( aku tuisyen kat rumah dia sejak form 1 - form 3).... Seorang lagi guru ku di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Ledang, Johor... ialah
Cikgu Ashri Dris ( Guru bahasa Melayu drpd form 2- awal form 4).....
Guru ini yang sering memberi motivasi kepada anak-anak muridnya termasuk diriku ini... Aku juga terkesan melalui mesej-mesej yg membakar jiwa untuk terus berjuang.. Dia merupakan seorang yang mampu memberi syarahan yang mantop.. serta sering menjadi pengacara majlis di sekolah STMI dulu... 

Aku masih ingat lagi pesanannya kepada para pelajar terutama kelas aku dahulu  ( 2 Elit & 3 Elit )...
belajar bukan semata-mata di dalam kelas sahaja.. tp proses pembelajaran ini berlaku sepanjang hayat.. ia hanya dibezakan melalui P&P secara rasmi dan tidak rasmi... Semasa perhimpunan misalnya, kamu semua boleh belajar bagaimana nak buat karangan berkaitan ucapan perhimpunan... dan sebagainya....

Dia bukan hanya seorang guru bahasa Melayu, tetapi dia adalah Imam di salah sebuah taman di Bukit Gambir, Muar... Sebarang permasalahan berkaitan istilah.. boleh dirujuk kepadanya.... sehingga suatu ketika.. aku membaca Al-Quran pada suatu malam... dan terlihat istilah...."Zihar...!!!!"
Apakah Zihar Itu...???? 

Lalu aku mengajukan soalan ini kepadanya... akhirnya dia menjawab dengan rendah hati...
"Soalan ini lebih baik kamu ajukan kepada orang yg arif seperti ustazah.... Tetapi saya akan cuba untuk menjawab... Zihar ini bukan istilah bahasa sama ada bahasa arab mahupun bahasa melayu.. tiada perkataan yg sinonim dengannya... Zihar ini merupakan satu hukum dimana si suami tidak boleh menyamakan mana-mana anggota badan si isteri dengan mana-mana para ajnabi ( ibu / adik beradik dan sbgnya).. jika ia dilakukan, maka turun talak seorang suami kpd isterinya...""

Aku yang masih keanak-anakan.. tidak memahaminya.. sehingga lah masa form 4 @ form 5.. baru aku ternampak bahawa Hukum Zihar ada dilam silibus Pendidikan Islam... Alhamdulillah, aku semakin faham ketika mempelajarinya di Menengah Atas...

Masha-Allah.... Saat aku belajar dengan Cikgu Ashri.. Ini lah detik perubahan aku.. Dia mampu membentuk aku menjadi insan yg lebih matang... 



Aku dahulu yang bukannya insan yang baik, ia mampu mendidik aku untuk menghakis kenakalan aku...
Aku dahulu nya merupakan seorang yg malas berfikir, namun di dalam kelas nya ia sentiasa mengajak para pelajarnya berfikir.. di situ larh aku mengerti kepentingan kemahiran berfikir  kritis dan kreatif (KBKK).
Aku dahulunya yang malas hendak membuat karangan, namun hasil anisiatifnya yg sentiasa memberi cabaran dan semangat kpd aku, aku mampu untuk membuat karangan yang lebih 4 muka surat.... aku masih ingat lagi pengalaman ini wahai cikguku...
Aku dahulu yang sering berlari ke sana sini tanpa hala tuju, namun engkau membawa aku berlari bermatlamat dan bertujuan... Engkau sering mengajarkan erti sebuah cita-cita yang tinggi... Engkau sering menceritakan perihal anak-anakmu yg berjaya kepada kami.. tentulah melalui cerita-cerita ini mampu membakar semangat anak2x muridnya untuk terus berjaya...
Pengalaman yg paling tidak aku lupakan... bukan larh aku ingin membangga diri.. ataupun bongkak.. tetapi aku ingin membuktikan berkesannya didikanmu wahai guruku... Aku mendapat markah karangan yang lebih tinggi berbanding sahabatku yang sering mendapat markah yg tinggi dalam setiap exam sebelum ini... asyik dia jerk dpat markah tinggi.. akhirnya aku berjaya menewaskannya.... inilah cabaranmu yang aku berjaya sahut....

Terlalu banyak wahai guruku,, hendak aku perkatakan tentang budimu kepada kami...
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasamu wahai guruku....
Jazakallahu khayran...

Namun guruku, mahu aku ceritakan...
selepas perpindahan aku ke SM Sains Muar pada 2008...
Aku terlalu merindukan sentuhan didikanmu wahai guruku...
Aku terpaksa berdikari sendirian untuk mengurus diriku..
Kekadang aku lemah, tiada siapa yang berada di sisiku kecuali Allah... Tetapi merasai kehilanganNya... Seolah-olah aku tidak menemui Nya... 
Namun di sana, aku mempunyai sahabat-sahabat yang mempunyai 1001 ragam....
yang perlu aku gauli secara baik...
Kekadang aku tewas... 
Aku tidak lagi kuat utk mengarang karangan sebaik dahulu...
Aku terpaksa berdiri sendirian untuk membentuk diriku sehingga kini...
Ini lah cabaran Allah kepada aku...

Wahai sahabatku, sesungguhnya aku sekarang ini adalah hasil didikan guru-guru dan ibu bapaku...
Wahai sahabatku, jika aku silap... silalah perbetulkan aku secara berhikmah kerana aku mempunyai ego dan hati... ( ego nie sgt susah nak didik... tp aku kena kuatkan diri)...
Wahai sahabatku, kekadang aku jatuh sendirian.. tiada siapa yg sedar aku berada di bawah... aku melihat kamu semua senyum berada di atas...
Aduh...!!! Aduh...!!! Aduh...!!! Betap sakitnya aku untuk naik kembali... 
Itulah erti kehidupan yang perlu ditempuhi....

Sesungguhnya, aku merindui sentuhan para guru ku..
aku sekarang sudah menjadi seorang mahasiswa... sepatutnya aku yg membimbing diriku sendiri...
Tetapi aku tidak kuat.... Aku sangat mengharapkan sentuhan didikan mu para guruku dan sahabatku...

Alhamdulillah,,, 
aku sekarang join usrah...
namun tenaga aku dikerah untuk menyumbang.. namun jarang sekali aku dapat...
Aku perlu carinya bersendirian... tetapi aku tidak kuat......!!!!
Aku perlukan pengisian rohani dan jasmani...
dan ada seseorang yang mem'push' aku....

Kadang-kadang aku marah... orang-orang yg tidak dpat memahami diri aku ini...
memang betul " Tarbiyah tidak memerlukan kita, tapi kita memerlukan Tarbiyah"...
"Tarbiyah harus dicari, bukan tarbiyah mencari kita"...

Memang betul statement tersebut...
Tapi ketahuilah para sahabat aku, aku tidak kuat untuk mencari tarbiyah keseorangan...
Aku kehausan sekarang ini...
AKU TERLALU BANYAK MEMBERI DAN MENYUMBANG....!!!!
TAPI JARANG SEKALI AKU MEMPEROLEHI........................!!!!!

Bukan aku ingin mengungkit... namun aku perlukan pembakar semangat.....
Sesungguhnya... Aku cemburu melihat sahabatku yang melalui usrah yang betul-betul mengikut syllabus yg telah ditetapkan.... 
Selama ini, usrah aku hanya sebuah celupan.... namun bukan lah syllabus yg dikejar...
aku tahu... pembentukan individu muslim itu adalah tujuan utama usrah....
Namun, aku tewas dengan diri sendiri kerana tidak seimbang apa yang aku beri dan apa yang aku dapat...!!!

Namun, kehidupan harus perlu diteruskan....1!!!!

Aku rindu zaman persekolahan lebih-lebih lagi semasa aku form 1- form 3....
Aku ingin sahabat sejati yg berada di sisi.... Mem'push' aku....
kekadang aku keliru....
aku selalu sibuk untuk membina peribadi sahabat-sahabat aku,
tetapi tiada pula orang yang membina aku secara sistematik dan keras...
aku tak kisah keras ke lembut.. namun aku perlu orang yang membina aku..
Aku bukan seorang yg perfect...

inilah rintihan seorang syabab... pemuda.. yang meninginkan seorang murabbi...
sekarang aku keliru siapa murabbi aku...!!! 
persoalan yg telah lama berada di awan-awangan tetapi tiada terungkap....
Ya Allah... Bantu hambaMu ini... 
Untuk mencari sinar HidayahMu dan TaufiqMu....

Aku perlu teruskan perjuangan hidup ini.....!!!

Semoga Allah melimpahi rahmat kepada sesiapa yang telah membantu dalam proses pembentukan diri aku ini sehingga ke tahap ini...
Doakan larh aku dan para sahabat.. 
Yang mudah-mudahan mendapat pursue study dalam Medicine Doctor kat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atapun dimana-mana ipt...


Wallahullam...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...