February 13, 2010

KATA-KATA HIKMAH SYAFEI'

IMAM SYAFIE PERNAH BERKATA: Barangsiapa yang mempelajari Al-Quran,akan bernilai dirinya, barangsiapa yang merenung dan mempelajari fekah maka akan mulia kedudukannya,barangsiapa yang mempelajari bahasa akan lembut jiwanya,barangsiapa yang mempelajari matematik akan kuat fikiranya, barangsiapa menulis hadis akan kuat hujahnya, dan barangsiapa tidak memelihara didrinya daripada maksiat maka ilmunya tidak memberi menfaat kepada dirinya

February 11, 2010

Kehidupan Seorang Remaja



Assalamualaikum W.B.T...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya serta keizinan-Nya keatas diri saya ini untuk melibatkan diri di dalam bidang penulisan di blogger ini... Menjadi suatu fitrah di mana setiap perkara itu mempunyai pro dan kontra... Insya-Allah, saya akan berusaha untuk menyalurkan buah fikiran di atas jalan yang diredhai oleh Allah, Inysa-Allah...

Sebagai permulaan ini, marilah saya membawa riwayat hidup saya terutamanya di Sekolah Menengah Sains Muar( 2008-2009) secara ringkas..

Tanggal 12 Februari 2009, saya telah menjejakan kaki ke salah sebuah sekolah yang hebat di Malaysia ini.. Frankly, tiada di benak pemikiran saya untuk memasuki ke SAMURA ini kerana sekolah yang menjadi impian saya ialah SM Alam Shah ataupun SM Sains Seremban.. Namun saya tetap bersyukur kerana terpilih salah seorang ahli keluarga Sekolah Berasrama Penuh.. dan perkara paling penting ialah SAMURA ialah tempat yang dapat mengajar saya tentang erti sebenar kehidupan.

Di mana di sini lah tempat untuk saya menuntut ilmu terutamanya, tempat untuk saya belajar bermain ragbi, tempat saya untuk belajar bersosial , tempat saya untuk belajar untuk memimpin sesuatu organisasi...

Frankly, sebelum saya memasuki SAMURA.. Saya merupakan seorang yang nakal dan bukan lah seorang yang baik... Oleh itu, saya tekad untuk mengauli para solihin dan menghindari orang-orang yang mampu melekakan saya... Kerana saya percaya bahawa Rasulullah pernah bersabda bahawa kita akan mengikut agama kawan kita dan saya percaya kawan kita bertanggungjawab terhadap agama kita...

Alhamdulillah, saya dipertemukan ramai rakan-rakan yang hebat terutamanya ketua naqib saya iaitu Muhammad Norain Bin Md Shah... MashaAllah, dia seorang yang hebat dan saya bersyukur rumahnya (Kundang Ulu) juga tidak jauh daripada rumah saya yang terletak di Serom, Muar

Hal ini mungkin rahmat daripada Allah SWT. Semoga saya mendapat manfaat daripada segala kurniaan daripada Allah SWT.

Semasa di tingkatan 4, mempunyai pelbagai kenangan manis dan pahit kerana pada masa ini lah menjadi seorang junior dan ramai yang mengatakan Form 4 sebagai tahun honeymoon selepas PMR.. hehehe... Astaghfirullah al-azim... Sesungguhnya Cabaran dan dugaan itu sungguhlah besar......... Inilah ujian Allah yang ingin menguji keimanan ku...

Belajar di kelas 4 cerdas dan seterusnya di 5 cerdas... In doubt, semua pelajar di kelas ini semuanya hebat-hebat kecuali diri saya ini.. hanyalah insan yang kerdil... Di sini larh orang-orang hebat dilahirkan.. Ketua Pelajar, Timbalan Ketua Pelajar, Ketua Perpustakawan, Ketua Naqibah, 3 orang Penolong Ketua Rumah, pengerusi dan Majlis tertinggi di dalam rumah sukan, biro dan persatuan.. Masha-Allah, sesungguhnya saya tergolong dalam golongan mereka yang hebat dan alangkah bahagianya jika saya merupakan salah seorang daripada mereka...

Cikgu Othman dan Cikgu Zakaria seolah-olah seperti bapa kami di SAMURA.. Mereka sungguh mengambil berat hal ehwal kami dan ukhuwah kami sungguh erat.. Namun di awal 2009, mereka terpaksa pindah sekolah kerana mahu menjalankan amanat Allah... Kehilangan mereka memang merupakan sebuah ujian yang besar kepada kami... Sesungguhnya, dorongan mereka merupakan sumber kekuatan kami untuk menjadi orang yang lebih baik..

Seterusnya, Kelab Remaja Islam SM Sains Muar (KRISMA) merupakan persatuan yang banyak mengajar saya erti kepimpinan yang sebenarnya.. Alhamdulillah, saya telah berjaya mempengerusikan Malam Rindu Ilahi (MRI) 2009 yang telah berlangsung pada 10 Julai 2009. Memang sesuatu yang mencabar dimana terpaksa menghubungi ramai pihak termasuk En Isma Saring (Manager UNIC).. Ketika itu tiada telefon bimbint.. hanya mengunakan telefon pejabat sekolah dan telefon awam... MashaAllah...

Alhamdulillah, pengerusi KRISMA telah banyak
memudahkan pekerjaan saya..
Muhammad Asyraf Afif bin Rosely... Sebulan sebelum majlis ini merupakan tempoh yang menyeksakan kerana terpaksa banyak mengorbankan masa belajar dan masa tidurku semata-mata untuk melakukan yang terbaik dalam Malam Rindu Ilahi 2009.

Ini lah pengalaman yang mengajar saya untuk menjadi profesional di dalam kerja kerana semasa bersama UNIC di belakang pentas, mereka banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya terutamanya En Fadhli... Selain itu, Hafiz Hamidun turut dijemput untuk mengadakan persembahan namun saya hanya mula bercakap dengannya pada malam tersebut.. Malam ini telah membawa 1001 pengalaman kepada saya...

Sesunggunya, MRI 2009 tidak akan berjaya jika
tidak terdapat bantuan daripada mana-mana pihak. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Majlis Tertinggi KRISMA 2009 kerana banyak membantu dan menyokong majlis ini semata-mata untuk memastikan kelancaran majlis ini. Tidak dapat dinafikan bahawa, konflik itu tetap berlaku... Saya pun tidak tahu macam mana konflik di antara Majlis Tertinggi ini boleh berlaku mungkin terdapat perasaan tidak berpuas hati tetapi tidak disalurkan di saluran yang baik sehingga menimbulkan konflik sebelum dan semasa majlis ini berjalan. Namun saya mesti berlaku profesional terhadap perkara ini... Alhamdulillah, ini lah ujian Allah yang tidak dapat saya duga... Jazakallahu khayran qasirah...

Walau bagaimanapun, saya tetap perlu optimistik ataupun perkataan yang lebih mulia iaitu Khusznon terhadap semua perkara agar setiap perkara itu memulangkan faedah yang menarik kepada saya... Semoga Allah melimpahkan keredhaan terhadap semua perkara yang kami lakukan...

Ragbi merupakan satu-satunya sebuah permainan
yang sangat puas saya main di dalam seumur hidup saya.. Kerana di sini medan yang benar kepada saya untuk melepaskan 1001 tension dan melegakan hati saya ini... In doubt, perwatakan saya semasa berada di dalam padang dan di luar padang is totally different.. BE A PROFESSIONAL... Maka apa yang penting saya ingin mendapatkan keredhaan Allah dan kenikmatan ketika bermain ragbi... Saya berusaha bersungguh-sungguh di dalam latihan semata-mata untuk capai matlamat untuk sampai sehingga ke peringkat Kebangsaan.. Namun perwakilan saya dalam sukan Ragbi untuk daerah baru iaitu Ledang telah membantutkan matlamat saya.. namun saya bersyukur, Allah tetap mengizinkan saya menjadi pemain utama di dalam setiap perlawanan utama.. No. 8 merupakan position saya yang amat saya gemari di mana pada Kejohanan Ragbi MSSD Muar (jemputan).. saya menjadi antara orang yang melakukan try terbanyak bersama-sama Muhammad Fitri Shai-irin (akob) iaitu sebanyak 5 Try.

itulah serba sedikit Riwayat hidup seorang perindu syahid di muka bumi SAMURA... Insya-Allah, di lain masa saya akan berkongsi lagi banyak kenangan dan ilmu saya semasa hidup di muka bumi Allah ini.
Terima Kasih.. Syukran Jazilan..
Wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...