May 28, 2010

PeRjAlAnAn HiDuPkU SeLePaS iNi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah.... Diri ini telah dipilih oleh Allah SWT sebagai salah seorang daripada mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dalam bidang Asasi Sains di Kampus Puncak Alam.



Kampus Puncak Alam merupakan kampus UiTM yang baru...
Ya Allah.. Engkau telah kurniakan kepada diriku ini pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. In Truth, Kampus ini sangat cantik dan sangat selesa... Tetapi Kolej dan Fakulti agak jauh yang memerlukan diri ini untuk menuruni dan menaiki tangga yang sebanyak 218 anak tangga seperti di batu caves. Insya-Allah, tidak lama lagi diri ini akan menjadi kurus.. Amin..... hehehe

Asasi Sains UiTM adalah satu program yg berlangsung untuk memberi peluang sekali lagi kepada calon-calon pelajar seperti diriku ini untuk menempatkan diri di dalam fakulti perubatan. Insya-Allah, di sini mula lah kehidupan ku yang baru.. Pengurusan diri dan masa adalah intipati utama untuk cemerlang di Universiti..

Roomate diriku ialah Muhd Farisan yg berasal daripada kelantan yg bersekolah di MRSM Pengkala Chepa... Inysa-Allah dia adalah orang yg hebat insya-Allah boleh membantu antara satu sama lain.. Alhamdulillah kami telah ditakdirkan berada dalam satu kuliah...

Aku perlu fokus di Asasi ini... Untuk Mencapai cita-citaku....

Insya-Allah... Jika diriku ini berjaya dengan cemerlang di Asasi ini... diri ini akan menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ataupun di Universiti Sains Malaysia (USM) ataupun kekal di UiTM... Tujuannya bukan diri ini tidak suka dengan UiTM.. Tetapi diri ini ingin mendapatkan pengalaman kehidupan yg akan serba sedikit mengajar erti hidup... Perantauan itu adalah satu bentuk pengajaran yang hakiki insya-Allah... selain dapat membuka mata dengan sebesar-besar utk melihat dunia yang sebenar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...